Kalau tak pernah dengar, barista ni adalah golongan professional yang terlatih dalam bidang penyediaan minuman berasaskan kopi dan berkhidmat di Coffee-House. Kira bukan cikai-cikai nak panggil tukang buat air ye. Contoh terdekat kalau korang peminat K-Pop, pernah tak tengok drama Coffee Prince? Yang hensem-hensem tu lah barista. Kopi yang disediakan barista selalunya ada pattern atau design bunga etc. Cuma design yang selalu kita tengok koko dan putih sahaja iaitu campuran warna kopi dan susu.
Tapi pernah tak korang tengok kopi yang bewarna-warni macam kat bawah ni?
http://www.ufunk.net |
http://www.newyorkdailysun.com |
http://www.odditycentral.com |
http://www.femalemag.com.my |
http://www.acgart.com |
Tahu tak kopi dengan corak-corak menarik ni dikenali sebagai Latte Art? Latte Art biasanya dihasilkan dengan teknik mencurah susu ke dalam kopi mengikut citarasa dan skill seseorang barista sehingga terhasilnya corak-corak yang menarik. Untuk Latte Art yang bewarna pula, tambahan sirap dengan pilihan warna-warna tertentu digunakan.
Coffee Artist yang terkenal dalam menghasilkan Latte Art yang bewarna-warni antaranya ialah Nowtoo Sugi dari Jepun. Tengok subject matter bunga Sakura dan Sailormoon dalam gambar pun dah boleh agak kan. Selain itu, tahu tak design Latte Art yang berbeza akan menghasilkan rasa yang berbeza? Yelah, design hati yang besar perlukan lebih banyak susu dari design daun misalnya.
Duhh, terliur la pulak kan. Jom cari Latte Art nak? Try CoffeeStainByjoseph.
No comments:
Post a Comment