Followers

Thursday, September 19, 2013

Decoupage: Barang Lama Boleh Jadi Baru?

Tengok tajuk je dah pelik. Apa benda nya decoupage tu?

Haa, sebenarnya decoupage ni adalah salah satu simple art projek yang mungkin sebilangan dari kita pernah buat masa tadika atau sekolah rendah dulu cuma kita yang tak aware dengan term ni. Basically decoupage ni cuma gabungan teknik cut & paste printed paper atau apa-apa material yang sesuai ke atas apa sahaja barangan yang kita nak hias. 

Kebanyakan orang yang cintakan alam sekitar biasanya menggunakan barang terpakai untuk projek decoupage ni. Yelah, jimat belanja dan dapat hasilkan sesuatu yang sama nilai macam kita beli barang baru. Tapi, cantik sangat ke hasil akhir decoupage ni? Ok, jom tengok contoh.

Sumber dari http://dollarstorecrafts.com

Sumber dari bigbluebullybus.wordpress.com
                                                       

Cantik kan meja ni. Decoupage dia pun kemas macam beli dah siap design dari kedai. Tapi kalau setakat cut & paste je boleh ke jadi kemas macam ni? Haa.. tulah belum habis cerita.

Okay, sebenarnya bukan setakat cut & paste je. Lepas dah tampal kertas-kertas ni semua, kita kena sapu beberapa layer varnish untuk bagi kemasan pada produk decoupage kita. Lepas tu, kita kena gunakan kertas pasir untuk licinkan permukaan yang tak rata pada produk. Varnish tu pun ada macam-macam jenis. Boleh pilih mana-mana yang kita suka tak kisahlah yang matte atau glossy.

P/S: Menarik tak? Selamat mencuba la kepada yang berminat. Ain rasa macam pernah buat decoupage mangkuk masa kecik-kecik dulu. Tapi masa tu memang sah-sah lah Ain pun taktau nama dia decoupage. Ok, kepada yang nak mencuba, boleh cuba browse MarthaStewart.com untuk idea-idea best atau boleh refer Funky Deco untuk step-by-step technique.

2 comments: