Followers

Sunday, September 29, 2013

Karya Daripada Kotak Terpakai

Karya seni tidak pernah terhad kepada satu-satu medium tertentu. Sesiapa sahaja boleh berkarya menggunakan apa sahaja medium untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika dan kreativiti tersendiri. Misalnya... Kotak?? Ok, just check these out:


http://api.ning.com

http://splurger.net

http://www.simplysneakers.com

http://www.chrisgilmour.com

http://img.thesun.co.uk

http://assets.inhabitat.com


http://www.classicdriver.com


http://www.ufunk.net


http://cmybacon.com



http://api.ning.com

Bukan senang nak bentuk kotak yang tebal dan keras untuk menghasilkan karya yang halus seperti ini. Pastinya memerlukan kesabaran dan ... pisau yang tajam? Yang pasti belum cuba belum tahu apa masalah teknikal lain yang akan timbul. Jadi, selamat mencuba!


Saturday, September 28, 2013

Raja Istana Pasir

Tahukah anda Istana Pasir Tertinggi telah dibina oleh seorang lelaki bernama Ed Jarrett pada ketinggian 37 kaki 10 inci? Beliau telah mencapai ketinggian ini setelah memecahkan rekod Guinness World Record beliau sendiri pada tahun 2007. Ed dijangka akan cuba sekali lagi mencipta rekod baru dan telah mula membina Istana Pasir terbarunya yang diberi nama 'Sandy Castle' tahun ini. Berikut merupakan beberapa gambar Istana Pasir yang telah dibina oleh Ed Jarrett.

http://weirdnj.com

http://weirdnj.com

http://o.aolcdn.com

Fakta menarik tentang Istana Pasir yang dibina oleh Ed Jarrett ialah Istana Pasir yang dihasilkannya tidak menggunakan pasir pantai tetapi telah diambil dari kawasan tasik menggunakan trak!

10 Jenis Hidangan Yang Dijamin Tak Sampai Hati Nak Makan

Pernahkah kita rasa lapar tapi bila hidangan tiba, tak sampai hati nak makan? Saya? Memang ngapp terus. Paling penyabar pun sempat ambil gambar upload instagram. Itupun kalau cantik lah kan. Jadi kali ni Ain nak share 10 jenis hidangan kreatif yang boleh melembutkan nafsu perut korang sehingga rasa tak sampai hati nak makan. Taktaulah berkesan ke tidak. Apa-apa pun, enjoy! :)

http://www.123inspiration.com

http://www.thestar.com.my

http://3.bp.blogspot.com

http://img.xcitefun.net

http://cl.jroo.me


http://eatzybitzy.files.wordpress.com

https://s3.amazonaws.com

http://editorial.designtaxi.com

https://lh3.googleusercontent.com

http://www.inspirefusion.com

Sekarang macam mana? Dapat semangat baru tak nak memasak? Semoga entry kali ni dapat beri sedikit sebanyak inspirasi kepada pembaca di luar sana untuk memberi kelainan dalam hidangan harian anda. Kadang-kadang makanan yang simple macam sandwich pun boley nampak jauh lebih enak dari sandwich Subway kalau kita pandai olah plating kita. Ok lah cakap macam pandai masak sangat kan. Selamat mencuba!

Wednesday, September 25, 2013

3D Nail Art: Cantik vs Selesa

Tahukah anda alternatif terbaik untuk menggantikan pewarna kuku adalah dengan menggunakan nail sticker? Selain daripada pemakaiannya yang ringkas tak perlu tunggu berjam-jam dan tak perlu tunggu kering macam pewarna kuku, si pemakai juga boleh cabut sahaja pelekat kuku ini dan cuci macam biasa. Tak leceh sangat kan.


http://1.bp.blogspot.com

Gambar di atas adalah salah satu contoh nail sticker yang mudah didapati di pasaran. Nampak okay la, just fine. Kalau dot dot gold tu tak ada rasanya akan nampak lebih natural kot. Sebab gold atas kuku merah just so not it. But that's okay setiap orang ada citarasa sendiri. Tapi ini bukan ceritanya. Ain nak share pasal nail sticker yang lagi rare dari atas ni. 


http://imabeautygeek.com

Haa, glamz ke tak? Siap timbul-timbul macam beads gitu. Tapi yang ni kira tak berapa nak gila sangat la. Just nice. Sebab memang ada peminat 3D nail art yang lagi gila yang suka combine macam-macam jenis elemen atas kuku mereka sampai dah tak rupa kuku dah. Dengan pewarna, dengan gold dust, dengan fake diamond, 3D sticker lagi. Tak percaya, korang tengok la sendiri!

http://3.bp.blogspot.com


http://img0.etsystatic.com

http://www.nhave.com

http://cache1.indulgy.net


http://saniul.com

Ouch, selesa ke kalau ada kuku cantik siap ada taman bunga macam ni? Nak garu-garu pun sayang, kang patah pulak kan. Okay, rasanya biarlah kekal untuk tatapan sahaja ye. Jangan tiru aksi ini di rumah. Memang tak boleh nak cuci pinggan mangkuk lipat kain semua lah kalau kita melawa-lawakan kuku macam ni sangat kan. Nak main kawen-kawen takpe. Enjoy!

Monday, September 23, 2013

Colorful Latte Art

Apa yang warna-warni pasal kopi ye? Bukan koko ala-ala hitam je ke warna dia. Paling kuat pun coklat cerah bila dah tambah susu. Ye, betul kalau korang tengok kopi Cap 888 kat rumah tu memanglah gelap je warna dia. Sekarang ni kita tengah cakap pasal kopi yang disediakan khas oleh barista berpengalaman. 

Kalau tak pernah dengar, barista ni adalah golongan professional yang terlatih dalam bidang penyediaan minuman berasaskan kopi dan berkhidmat di Coffee-House. Kira bukan cikai-cikai nak panggil tukang buat air ye. Contoh terdekat kalau korang peminat K-Pop, pernah tak tengok drama Coffee Prince? Yang hensem-hensem tu lah barista. Kopi yang disediakan barista selalunya ada pattern atau design bunga etc. Cuma design yang selalu kita tengok koko dan putih sahaja iaitu campuran warna kopi dan susu.

Tapi pernah tak korang tengok kopi yang bewarna-warni macam kat bawah ni?

 
http://www.ufunk.net


http://www.newyorkdailysun.com


http://www.odditycentral.com


http://www.femalemag.com.my


http://www.acgart.com

Tahu tak kopi dengan corak-corak menarik ni dikenali sebagai Latte Art? Latte Art biasanya dihasilkan dengan teknik mencurah susu ke dalam kopi mengikut citarasa dan skill seseorang barista sehingga terhasilnya corak-corak yang menarik. Untuk Latte Art yang bewarna pula, tambahan sirap dengan pilihan warna-warna tertentu digunakan. 

Coffee Artist yang terkenal dalam menghasilkan Latte Art yang bewarna-warni antaranya ialah Nowtoo Sugi dari Jepun. Tengok subject matter bunga Sakura dan Sailormoon dalam gambar pun dah boleh agak kan. Selain itu, tahu tak design Latte Art yang berbeza akan menghasilkan rasa yang berbeza? Yelah, design hati yang besar perlukan lebih banyak susu dari design daun misalnya.

Duhh, terliur la pulak kan. Jom cari Latte Art nak? Try CoffeeStainByjoseph.

Sunday, September 22, 2013

10 Idea Menarik Untuk Pre-Wedding Photoshoot Tanpa Bersentuhan

Pre-Wed Photoshoot ni zaman-zaman kita baru ada. Zaman mak ayah tok nenek kita dulu tak ada buat pun. Hasilnya, tak semua orang suka sebab ada sesetengah yang melanggar hukum kita sebagai orang Islam yang mana sebelum kahwin belum boleh bersentuhan. Apabila gambar Pre-Wed ini di upload ke laman sosial maka mulalah menimbulkan fitnah dan jadi buah mulut orang yang memandang.

So, ceritanya kat sini. Ain bukan nak lecture pasal agama dan bukan juga nak banned the idea of Pre-Wed Photography. Bagi Ain ia adalah sebuah idea yang kreatif dalam bidang fotografi dan boleh dijadikan reminder kepada tetamu bahawa majlis kita dah dekat. Maklumlah semua sibuk dengan urusan masing-masing tak mustahil boleh lupa majlis orang yang penting dalam hidup kita. Jadi untuk entry kali ni, Ain nak kongsikan 10 idea menarik yang boleh digunapakai untuk Pre-Wed Photoshoot korang tanpa perlu bersentuhan.


http://www.axioo.com

http://cakeforbreakfast.typepad.com

http://4.bp.blogspot.com

http://4.bp.blogspot.com

http://ianphotography.files.wordpress.com

http://www.lewallpaper.com



http://stories.my


http://ianphotography.files.wordpress.com


http://2.bp.blogspot.com


http://blog.galvintan.com

Macam mana? Got the idea already kan. Nampak kan macam mana penggunaan props, lokasi dan style pakaian boleh memberi suatu mood baru pada gambar kita. Tak semestinya pegang tangan tu nampak romantik kan. Hopefully entry ni dapat membantu. Selamat Pengantin Baru!

Saturday, September 21, 2013

Biar Betul Tak Kenal PYSSLA.

Ok rileks. Tak kronik pun tak kenal PYSSLA. Sebab semua kenal android game je zaman sekarang ni. Actually, Pyssla ni boleh dikategorikan sebagai sejenis permainan yang menguji kreativitiviti macam lego jugak cuma hasil dia kekal sebagai sebuah art piece dan tak perlu dimusnahkan macam lego. Malah, hasil akhir Pyssla ni boleh diabadikan dalam bentuk aksesori seperti brooch, coasters, atau key chain. 

Kelebihan Pyssla pula ialah dia sesuai untuk semua peringkat umur. Budak kecik sangat pun tak boleh main jugak nanti takut jadi makanan je. Selain itu, dengan bermain Pyssla jugak boleh melatih kita berimaginasi dalam bentuk 'pixelated'. Alaa macam dalam game bricks tu. Alam kotak-kotak. Bukan tu je, orang yang main Pyssla ni pun dapat melatih diri jadi seorang yang penyabar. Kenapa? Hmm.. Pyssla ni rupa dia sangatlah halus dan menyakitkan hati sebab sentiasa kena 'handle with care'. Kalau tak, memang tak jadi. Ok, jom tengok rupa Pyssla ni macam mana.

 Sumber dari: www.tumblr.com

Sumber dari: hamabeadpatterns.files.wordpress.com

Haluuss.. Tapi hasilnya kreatif kan? Tapi macam mana nak sambungkan Pyssla yang berterabur tu jadi cupcake macam dalam gambar atas ni ye. Haa, setiap set Pyssla akan dibekalkan dengan Pyssla Pegboard. Pegboard inilah yang akan bantu kita menyusun Pyssla tu satu persatu tanpa menyebabkan susunan tu beralih. 


Sumber dari: http://i1.ytimg.com

Bila dah siap disusun, kita cuma perlu panaskan permukaan Pyssla menggunakan seterika dan dialas dengan tracing paper. Bila panas, permukaan plastik Pyssla ni akan cair dan melekat antara satu sama lain dan kekal lah ia dalam bentuk yang kita dah cipta macam kat bawah ni misalnya. Taraa!

Sumber dari: http://s3.amazonaws.com

Senang je kan. Berminat nak cuba? Ain dengar Pyssla ni ada jual di IKEA. Hee kalau tak percaya try klik sini.

Thursday, September 19, 2013

Decoupage: Barang Lama Boleh Jadi Baru?

Tengok tajuk je dah pelik. Apa benda nya decoupage tu?

Haa, sebenarnya decoupage ni adalah salah satu simple art projek yang mungkin sebilangan dari kita pernah buat masa tadika atau sekolah rendah dulu cuma kita yang tak aware dengan term ni. Basically decoupage ni cuma gabungan teknik cut & paste printed paper atau apa-apa material yang sesuai ke atas apa sahaja barangan yang kita nak hias. 

Kebanyakan orang yang cintakan alam sekitar biasanya menggunakan barang terpakai untuk projek decoupage ni. Yelah, jimat belanja dan dapat hasilkan sesuatu yang sama nilai macam kita beli barang baru. Tapi, cantik sangat ke hasil akhir decoupage ni? Ok, jom tengok contoh.

Sumber dari http://dollarstorecrafts.com

Sumber dari bigbluebullybus.wordpress.com
                                                       

Cantik kan meja ni. Decoupage dia pun kemas macam beli dah siap design dari kedai. Tapi kalau setakat cut & paste je boleh ke jadi kemas macam ni? Haa.. tulah belum habis cerita.

Okay, sebenarnya bukan setakat cut & paste je. Lepas dah tampal kertas-kertas ni semua, kita kena sapu beberapa layer varnish untuk bagi kemasan pada produk decoupage kita. Lepas tu, kita kena gunakan kertas pasir untuk licinkan permukaan yang tak rata pada produk. Varnish tu pun ada macam-macam jenis. Boleh pilih mana-mana yang kita suka tak kisahlah yang matte atau glossy.

P/S: Menarik tak? Selamat mencuba la kepada yang berminat. Ain rasa macam pernah buat decoupage mangkuk masa kecik-kecik dulu. Tapi masa tu memang sah-sah lah Ain pun taktau nama dia decoupage. Ok, kepada yang nak mencuba, boleh cuba browse MarthaStewart.com untuk idea-idea best atau boleh refer Funky Deco untuk step-by-step technique.